Friday, October 7, 2011

Hikayat Sepurnama 14

Posted by riff rahim at 1:36 AM 1 penglipurlara

"Betul ke ni? Tak percayalah aku!"

"Betul… Cuba kau tengok muka aku yang berseri-seri sebab selalu ambik air sembahyang ni. Ada ke nampak macam aku tengah kelentong kau?" Balas G bersungguh-sungguh.

"Ala, macamlah aku tak tahu geng-geng kau tu. Muka je tak bersalah, tapi perangai hampeh." Lat cebik bibir.

G senyum kelat. Boleh tahan jugak mulut minah ni. Straight forward sungguh. Masa kecik-kecik dulu tak bedung agaknya. Kalau ikutkan hati, nak je aku fire balik sedas dua. Tahap kesabaran aku ni dah la tak tinggi mana. Nasib baiklah Quz dah remind awal-awal.  Nak buat hubungan diplomatik memang kena banyak sabar. G perah otak susun ayat untuk meyakinkan Lat.

 "Eh, mana ada. Hampeh tu dengan orang lain. Dengan birthday girl kitorang baik." G sengih-sengih sambil angkat kening.

"Hmmmph, takde maknanya. Mesti korang nak kenakan aku ni. Gerenti punya."

"Kira kau tak nak join la ni?"

"Nope."

"Takpe la kalau macam tu. Penat-penat je kitorang minta tolong pakcik guard seludup kek blueberry kau semalam. Makan sendiri la nampaknya." G mengeluh sambil buat muka hampa. Terus dia bangun dari kerusi dan berlalu pergi. Slow-slow. 1, 2…

"Wait, wait, chup. Seludup what? Kek blueberry? Macam mana korang tau aku suka kek blueberry?" Lat dah start gelabah. Kek favourite aku tu. Tak boleh jadi ni.

G menoleh kepada Lat. Muka still hampa. Kemudian dia mengangguk perlahan-lahan. Padahal dalam hati dah ada fireworks. Nampak gayanya Lat dah makan umpan. Tak sia-sia Quz suruh aku yang pujuk Lat. Ada jugak orang yang nampak bakat lakonan aku ni. Tak sia-sia jugak Farah temuramah best friend Lat semata-mata nak tau apa yang Lat suka, duit yang dah dikumpul plus hubungan baik dengan pakcik guard yang dibina selama ini. G gelak-gelak dalam hati. Otot muka nak jugak suruh dia senyum, tapi G tahan. Benda dah sampai sini mana boleh kantoi beb.

Lat serba-salah. Serius benci situasi macam ni. Tapi akhirnya dia cuba bersangka baik. Diorang ni bukan jahat sangat pun, nakal terlebih je. Kot-kot la kali ni memang betul-betul diorang nak celebrate birthday aku.

"Ok, aku join." Finally. At last.

"Betul ke ni?" Mata G dah bersinar-sinar.

"Ye, betul. Tapi kalau korang kenakan aku, siap la korang." Lat warning awal-awal.

"No worry my dear. Lepas prep petang ni, bangku tepi asrama. Deal?" G bagi senyuman yang paling manis.

Lat merengus dan bingkas bangun dari kerusi. Kemudian terus berlalu meninggalkan G. Tawakal je la. Fikir banyak-banyak kali nanti hilang pulak sangka baik aku tadi.

G tak habis-habis lagi senyum sendiri. Jangan risau Lat, kitorang memang dah lama bersiap-sedia. Lantas dia menggeleng perlahan.

Hai, kek blueberry, kek blueberry…

Sunday, November 14, 2010

Hikayat Sepurnama 13

Posted by riff rahim at 1:13 AM 0 penglipurlara
Basuh baju, done. Last touch up for sick bay's mural, done. Latihan topikal Bio, done. Tinggal nota sejarah 2 subtopik  tu je tak siap lagi. Plan  nak sambung time prep malam ni. Insya Allah sempatlah nak habiskan. Qaus Quzah senyum meleret. Syukur rancangannya pada hari itu berjalan lancar. Yang paling ajaib, kerja-kerja rumahnya hampir selesai. Sebelum ni, jangan haraplah nak siap. Mujurlah dia pandai mengelak. Kalau tak, memang ada cop blacklistlah kat dahi ni. Silap-silap cikgu pun dah tak selera nak bagi aku homework. Qaus Quzah ketawa kecil di dalam hati. Sesungguhnya dia sedar, dalam menuntut ilmu, redha Allah ada pada redha guru. Maka, itulah yang paling utama.

Qaus Quzah menyumbat semula diari ke dalam beg. Buku-buku yang berselerakan disusun rapi di hujung katil. Mata terasa berat. Kesan penggunaan oksigen berlebihan pada otak ketika menjawab soalan topikal Bio sebentar tadi. Qaus Quzah melabuhkan kepala di atas bantal. Hajat hati mahu melelapkan mata seminit dua sebelum bersiap-siap untuk turun ke dewan makan. Suasana bilik A06 semakin tenggelam dalam lamunannya…

"Oi makcik. Apahal tidur lepas Asar ni? Tak elok tau." Sayup-sayup kedengaran suara Kid menegur.

Perlahan-lahan Qaus Quzah membuka mata. Kelihatan Kid berdiri di hujung katil. Lengkap berbaju kurung dan bertudung. Beg masih tersandang di bahu. Awalnya minah ni bersiap? Ke aku yang dah lambat?

"Dah pukul berapa ni?"

"5.17,"

"Laa… aku baru je lelap mata 2 minit. Tak sempat hilang ngantuk pun lagi," Qaus Quzah mengerutkan dahi. Kacau daun la Kid ni. Ingatkan dah pukul 6 setengah tadi. Mau panjat pagar lagi aku malam ni kalau lambat keluar asrama. Qaus Quzah mengiring membelakangi Kid. Tidurnya ingin disambung lagi.

"Bangun la wei. Nanti mewarisi kegilaan. Aku taknak kawan aku muda-muda dah gila," Kid dah start ceramah. Dia melabuhkan punggung di atas katilnya yang terletak bersebelahan dengan katil Qaus Quzah.

"Habis tu kalau dah tua gila takpe la?" Soal Qaus Quzah.

Tawa Kid terhambur keluar. Qaus Quzah menggagahkan diri untuk bangkit daripada pembaringan. Mata mengantuk Ya Rabbi… Tapi kalau dah Kid yang duduk kat sebelah aku ni memang takde harapan nak sambung tidur la. Seboleh-bolehnya nak suruh orang bangun. Qaus Quzah duduk berteleku di atas katil. Sekali-sekala tangan diarah ke mulut menahan kuap.

"Aku ingat nak ajak kau study kat kelas petang ni. Tu yang aku siap cepat-cepat ni. Tapi macam tak boleh je," Kid sengih.

Bagus betul Kid ni. Tak payah tunggu aku buang air liur nak soal siasat. Ke dia ada kuasa Legilimency macam dalam cerita Harry Potter  tu? Ok, be real Quz. Baru tidur 2 minit lepas asar otak dah mengarut-ngarut. Belum lagi 2 jam. Haish. Qaus Quzah tersenyum sendiri.

"Ha, tu apahal pulak senyum sorang-sorang tu? Mamai lagi ke?"

"Aku mimpi kau kahwin dengan anak Aunty Lakshmi,"

"Merepek. Eh Quz, tahun ni kita takde event ke? Boring la," soal Kid sambil membuka pembalut plastik Cadbury Crunchy. Seketika kemudian coklat tersebut selamat disumbat ke dalam mulut.

"Kan dah form 4. Bawak-bawak la bertaubat. Zaman muda-muda dulu tu takpela jugak,"

 "Eleh, kalau orang lain yang cakap macam tu nak la jugak aku dengar Quz," jawab Kid selamba. Qaus Quzah tergelak kuat. Baru nak bagi tazkirah sikit. Selalu dia ceramahkan aku tu takpe pulak?

"Next week birthday  Lat,"

Kid angkat kening. Seketika kemudian dia dan Qaus Quzah sama-sama tersenyum. Segera dia mencapai marker di dalam beg. Tarikh 20 Mei di atas kalendar dipangkah.  Event of the year ...

 

bedtime.story Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez