Sunday, November 14, 2010

Hikayat Sepurnama 13

Posted by riff rahim at 1:13 AM 0 penglipurlara
Basuh baju, done. Last touch up for sick bay's mural, done. Latihan topikal Bio, done. Tinggal nota sejarah 2 subtopik  tu je tak siap lagi. Plan  nak sambung time prep malam ni. Insya Allah sempatlah nak habiskan. Qaus Quzah senyum meleret. Syukur rancangannya pada hari itu berjalan lancar. Yang paling ajaib, kerja-kerja rumahnya hampir selesai. Sebelum ni, jangan haraplah nak siap. Mujurlah dia pandai mengelak. Kalau tak, memang ada cop blacklistlah kat dahi ni. Silap-silap cikgu pun dah tak selera nak bagi aku homework. Qaus Quzah ketawa kecil di dalam hati. Sesungguhnya dia sedar, dalam menuntut ilmu, redha Allah ada pada redha guru. Maka, itulah yang paling utama.

Qaus Quzah menyumbat semula diari ke dalam beg. Buku-buku yang berselerakan disusun rapi di hujung katil. Mata terasa berat. Kesan penggunaan oksigen berlebihan pada otak ketika menjawab soalan topikal Bio sebentar tadi. Qaus Quzah melabuhkan kepala di atas bantal. Hajat hati mahu melelapkan mata seminit dua sebelum bersiap-siap untuk turun ke dewan makan. Suasana bilik A06 semakin tenggelam dalam lamunannya…

"Oi makcik. Apahal tidur lepas Asar ni? Tak elok tau." Sayup-sayup kedengaran suara Kid menegur.

Perlahan-lahan Qaus Quzah membuka mata. Kelihatan Kid berdiri di hujung katil. Lengkap berbaju kurung dan bertudung. Beg masih tersandang di bahu. Awalnya minah ni bersiap? Ke aku yang dah lambat?

"Dah pukul berapa ni?"

"5.17,"

"Laa… aku baru je lelap mata 2 minit. Tak sempat hilang ngantuk pun lagi," Qaus Quzah mengerutkan dahi. Kacau daun la Kid ni. Ingatkan dah pukul 6 setengah tadi. Mau panjat pagar lagi aku malam ni kalau lambat keluar asrama. Qaus Quzah mengiring membelakangi Kid. Tidurnya ingin disambung lagi.

"Bangun la wei. Nanti mewarisi kegilaan. Aku taknak kawan aku muda-muda dah gila," Kid dah start ceramah. Dia melabuhkan punggung di atas katilnya yang terletak bersebelahan dengan katil Qaus Quzah.

"Habis tu kalau dah tua gila takpe la?" Soal Qaus Quzah.

Tawa Kid terhambur keluar. Qaus Quzah menggagahkan diri untuk bangkit daripada pembaringan. Mata mengantuk Ya Rabbi… Tapi kalau dah Kid yang duduk kat sebelah aku ni memang takde harapan nak sambung tidur la. Seboleh-bolehnya nak suruh orang bangun. Qaus Quzah duduk berteleku di atas katil. Sekali-sekala tangan diarah ke mulut menahan kuap.

"Aku ingat nak ajak kau study kat kelas petang ni. Tu yang aku siap cepat-cepat ni. Tapi macam tak boleh je," Kid sengih.

Bagus betul Kid ni. Tak payah tunggu aku buang air liur nak soal siasat. Ke dia ada kuasa Legilimency macam dalam cerita Harry Potter  tu? Ok, be real Quz. Baru tidur 2 minit lepas asar otak dah mengarut-ngarut. Belum lagi 2 jam. Haish. Qaus Quzah tersenyum sendiri.

"Ha, tu apahal pulak senyum sorang-sorang tu? Mamai lagi ke?"

"Aku mimpi kau kahwin dengan anak Aunty Lakshmi,"

"Merepek. Eh Quz, tahun ni kita takde event ke? Boring la," soal Kid sambil membuka pembalut plastik Cadbury Crunchy. Seketika kemudian coklat tersebut selamat disumbat ke dalam mulut.

"Kan dah form 4. Bawak-bawak la bertaubat. Zaman muda-muda dulu tu takpela jugak,"

 "Eleh, kalau orang lain yang cakap macam tu nak la jugak aku dengar Quz," jawab Kid selamba. Qaus Quzah tergelak kuat. Baru nak bagi tazkirah sikit. Selalu dia ceramahkan aku tu takpe pulak?

"Next week birthday  Lat,"

Kid angkat kening. Seketika kemudian dia dan Qaus Quzah sama-sama tersenyum. Segera dia mencapai marker di dalam beg. Tarikh 20 Mei di atas kalendar dipangkah.  Event of the year ...

Friday, November 12, 2010

Hikayat Sepurnama 12

Posted by riff rahim at 11:46 PM 0 penglipurlara
"Aku memang tak larat la tengok muka pak cik yang menang komander terbaik tahun lepas tu. Dah macam tercekik selipar bila nama Quz kena announce."

Kenyataan G disambut dengan hilai tawa seluruh warga bilik A06.

"Tu lah. Sebelum tu kerek sangat. Macam confirm je dia menang." Kyna menyambung sambil tangan ligat menggosok baju. Masih terbayang senyuman sinis menyakitkan hati lelaki tersebut ketika semua peserta kawad berkumpul sebelum pertandingan dimulakan. Tanda memandang rendah kepada kemampuan Qaus Quzah.

Qaus Quzah tersenyum nipis. Seketika matanya menatap dua buah piala yang berdiri megah di atas lockernya. Alhamdulillah ya Allah. Sesungguhnya Engkau telah memperkenankan doa kami. Engkau telah memberi ganjaran terhadap usaha kami. Hatinya dijerat rasa bersyukur yang tidak terhingga.

"Dah-dah lah tatap piala tu Quz. Cair pulak diorang nanti." G mengusik.

"Ke terfikir nak buat kenduri kesyukuran Quz?" sampuk Kid yang baru saja pulang dari bilik mandi. Tangan sibuk mengeringkan rambut dengan tuala di atas kepala. Terus dia melabuhkan punggung di sebelah Qaus Quzah.

"Insya Allah. Ada rezeki lebih nanti aku belanjalah korang." Sekali-sekala buat amal kebajikan apa salahnya kan? Nanti Allah bagi lagi yang lebih baik. Qaus Quzah memasang niat. Kemenangannya sebagai komander terbaik tahun itu bukanlah sesuatu yang dijangka. Dan kemenangan itulah yang dirasakan patut dikongsi bersama.

"Wow, tu yang aku nak dengar tu! Kat mana?"

"Waiceh G, kau bab-bab makan laju. Cuba bab lipat baju. Berkurun aku tengok menimbun atas katil tu. Dah macam sarang memerang pun ada aku tengok." Perli Kyna.

G mencebik. Mana ada macam sarang memerang. Exaggerating sungguh. Pantang tengok orang senang tau minah ni. Dah Quz kata nak belanja, mestilah kena bersemangat. Bukan selalu orang nak belanja aku. Segera pandangan dialihkan kepada Qaus Quzah. Meraih simpatilah kononnya. Muka dah macam Puss 'n Boots dalam movie Shrek. Kid dah tergelak sakan mendengarkan kata-kata Kyna sebentar tadi. Memang headshot lah. Kalah sniper-sniper terkemuka dunia masa world war dulu.

"Hmmm, fikir dua kali jugak aku nak belanja kau ni G."

"Ala, janganlah macam ni Quz. Kita best friend forever kan???"

"Best friend forever tak kisah kalau tak dapat makan free." Qaus Quzah angkat kening sebelah. Senyuman evil tak boleh tinggal.

"Jahatlah kau. Mana boleh aku sorang je tak dapat." G dah buat muka masam tahap Sour-Skittles.

"Yelah, yelah. Aku belanja semua orang lah. Dah, tarik balik muncung tu." Qaus Quzah ketawa kecil. Seronok agaknya dapat kenakan G.

"Kalau macam tu including Tok Wan Alau Hitler la kan cik komander?" Kid senyum nakal. Saja mengumpan.

"Yang tu aku belanja kat dewan makan sudah."

Lantas tangan mencapai tuala dan kaki diarah menuju ke bilik mandi.  Kid angkat bahu. Ada sesiapa tak agaknya yang boleh tolong diorang ni buat rundingan damai? 

Tuesday, July 20, 2010

Keinsafan..

Posted by riff rahim at 8:52 AM 0 penglipurlara
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.


Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.


Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Wednesday, June 9, 2010

Hikayat Sepurnama 11

Posted by riff rahim at 1:20 PM 0 penglipurlara
Tali boot diikat rapi. Belt dah kemas di pinggang. Mafla di leher dah kacak. Berret beserta hackle di kepala dibetulkan. Pintu toilet tak pernah diam daripada tadi. Ada je pengunjung yang nak masuk. Makin lama makin ramai pulak yang nak bertapa dalam toilet ni. Quzah malas nak ambil kisah. Mata masih lagi tidak lekang daripada memerhatikan cermin. Tajam. Macam ada yang kurang.

The day has come Quzah. Sempat dikerling Swatch di tangan. Lebih kurang satu jam lagi. Practice bulan-bulan, kawad kat tengah-tengah  dataran tu lebih kurang setengah jam je. Haru betul.

Sebelum ni, 3 malam berturut-turut dia dan semua peserta kawad yang lain buat solat hajat berjemaah kat surau. Dah usaha habis baik takkan tak nak mintak tolong Dia jugak kan? Semoga semuanya berjalan lancar. Hopefully kulit diorang yang hitam dek kerana sunburn ni berbaloi. Hopefully kaki-kaki diorang yang melecet akibat bergesel dengan boot-boot yang keras ni berbalas. Hopefully segala kesabaran diorang sepanjang berlatih dengan coach Hitler berbayar. Hopefully, insya Allah.

Quzah menarik nafas panjang. Tiba-tiba perut terasa senak. Gosh, butterflies in my stomach. Peluh dingin merecik di dahi. Quzah, why do you have to be so nervous? Macam la tak biasa jadi commander. Air liur terasa likat. Sympathetic effect yang tadinya tak terasa dah menjalar ke segenap tubuhnya. I really hate this feeling. Quzah pejam mata rapat-rapat.

"Quz, forget not to take off those glasses during the kawad tau. Show them that you have no weaknesses. Bunyi macam bagus je kan? But the thing is, I want you to be confident,"

Damn. Kenapa aku teringat ayat DIA? Bibir diketap sekuat hati. Trying to get this hell out of my mind. I need nothing from you.

Sekilas direnung sekeping nota yang berlipat di atas sinki. Baru sekejap tadi G jadi posmen 'paksarela' untuk menyerahkan nota tersebut di tangannya. Hatinya berkira-kira. Apa yang si Hitler ni tulis?

"Dia kata mesti sampai kat tangan kau safe and sound,"

Terngiang-ngiang ayat G sebentar tadi. Gaya macam nak seludup dadah je. Bagi macam biasa tak boleh agaknya. Tok Wan Alau Hitler ni pun satu. Padahal sebelum bertolak tadi elok je dia berdiri sebelah pintu bas tu. Takde pulak nak cakap apa-apa. Setakat buat muka beku dia (yang konon seram) tu je. Ni tiba-tiba hulur kertas-nota-entah-apa-apa-entah kat aku. Quzah geleng perlahan. Tak faham dengan perangai masyarakat zaman sekarang. Tangan segera membuka lipatan kertas tersebut.

"Cik commander, jangan jerit macam orang tak makan. Aku nampak kau sebat 2 pinggan mee goreng pagi tadi.
Tolong la menang. Don't screw up anything. Aku tak nak kerja sia2"

P/S: Apsal hari ni kau pakai contacts?
-Alau-

Urgh. Quzah mendengus geram. Hampehnya mamat ni! Menyesal giler aku baca nota dia. Kertas di tangan digumpal. Segera dicampaknya ke dalam tong sampah yang memang dah sedia menganga nak telan kertas tu. Panas betul hati Quzah. 'Rama-rama' dalam perut sebelum ni terbang entah ke mana. Masa-masa kritikal macam ni la dia nak cari pasal. Macam la dia sorang je yang penat buat semua ni! Memang silap besar la cooperate dengan kau dulu.

Fine. Hari ni, kita tengok siapa yang tak makan, siapa yang terlebih makan. Quzah tekad. Apa-apa pun, hari ni dia kena menang. No matter what, dia kena buka mata Alau luas-luas supaya lepas ni mamat beku tu tak boleh pandang rendah pada dia lagi. Sekali lagi direnungnya cermin di depan mata. Muka dah determined habis tahap max. Kat depan dia sekarang ialah Quzah without her spectacles.

Yes, I'm wearing contacts today. Why? Because I just can't get him out of my mind. I lied just now. KHILFI, I REALLY NEED YOU RIGHT NOW. ALWAYS NEED YOU.    

Lantas kaki melangkah keluar dari toilet yang semakin sesak.

Wednesday, February 17, 2010

Hikayat Sepurnama 10

Posted by riff rahim at 10:16 PM 5 penglipurlara
"Sabun?"

"Check,"

"Softener?"

"Check,"

"Kunci?"

"Kunci? Oh, kejap. OK. Check,"

"Done. Jom gerak,"

Quzah menolak daun pintu dorm perlahan-lahan. Mata meliar memerhatikan setiap inci dan sudut Desa Puteri. Memastikan tiada sabarang kelibat manusia pun yang masih berjaga. Sah-sah la. Dah pukul 3 pagi. Yang paling penting, bilik Cikgu Eta pun dah gelap. OK, line clear. Tanpa sebarang bunyi, dia melangkah keluar dari A06. Kid  follow dengan bakul baju di tangan. Gaya masing-masing dah macam pencuri professional. Mereka melalui koridor tingkat 2 blok  A Desa Puteri menuju ke tangga di hujung koridor dengan pantas. Macam lipas kudung. Nak buat jenayah mana boleh delay.

"Jauh la pulak bilik dobi ni," rungut Quzah dalam bisik.

"Lagi jauh kalau kau kena angkat bakul yang berat macam aku ni,"

"Oh, sorry dude. Lupa." Quzah sengih. Patutlah mengah semacam member aku ni. Segera diraihnya sebelah pemegang bakul tersebut. Hulurkan tangan, ringankan beban. Gelak kecil dalam hati. Kid mencebik. Ingat aku ni Popeye The Sailorman apa?

Blok belakang, tingkat satu, pintu first. Target locked. Kid segera mengeluarkan kunci dari dalam poket seluarnya. The door is unlocked. Teringat pulak dekat game The House of The Dead.Gelap. Nasib baik ada lampu koridor. Selepas kedua-duanya dah selamat masuk, Quzah mengunci pintu dari dalam. Precaution penting jugak walaupun semua penghuni asrama tu mungkin masih berdengkur lagi dalam selimut masing-masing. Kid ambik peranan tolong masukkan baju-baju ke dalam washing machine. Air ditadah. Sabun dan softener dituang. Mesin berputar ligat setelah button ditekan.

"Terer kau auta mak cik dobi ni. Macam mana dia boleh baik hati nak bagi kunci?"Quzah tarik kerusi di sudut bilik. Terus dilabuhkan punggungnya di situ. Earphone I-pod dah selamat disumbat ke dalam telinga.

Kid sengih. Kaki melangkah menuju ke meja di sebelah Quzah.

"Mula-mula dia tak nak bagi jugak. Lepas aku tunjuk kaki aku yang melecet ni baru dia simpati,"

Quzah gelak kecil. Kalau ikutkan hati nak gelak besar, tapi takut kecoh pulak rumors ada benda mengilai dalam bilik dobi belakang. Tangguh dulu. Kat dorm nanti boleh sambung gelak. Kid.. Kid.. Macam tu pun boleh dapat kan. Baru tunjuk kaki melecet. Kalau aku yang demam hari tu yang mintak, entah-entah dia offer servis basuh baju aku seminggu. Tak pun sampai habis kawad.

"Nasib baik Aunty Lakshmi tu kira kamceng la dengan aku. Kalau tak lenguh la tangan nak sental baju yang bertimbun ni," Kid sambung.

"Yelah, kau kan rajin puji idli dia sedap. Tak lama lagi jadi menantu lah tu," Quzah senyum sarcastic.

Gelak Kid terhambur keluar. Nasib baik sempat tutup mulut. Adehh.. Tak larat betul la dengar lawak kau Quz. Bagus jugak kalau dapat jadi menantu dia. Boleh makan capati free. Untung-untung anak aku ada iras-iras Shah Rukh Khan pulak.

30 minit berlalu. Kid dah bangun daripada tidur kat atas meja selepas entah berapa kali tersengguk sementara tunggu mesin berhenti. Matanya merenung Quzah yang masih leka melayan I-pod kesayangannya.

"Care jugak Alau kat kau ye Quz," Kid tiba-tiba bersuara.

Quzah buat-buat tak dengar. Care amendenya. Tak sesuai la perkataan tu. Baik tambah 'terpaksa' kat depan. Baru betul.

"Quz,"

Know Your Enemy berlagu di mulut.

"Quz, aku cakap dengan kau ni!" Earphone di telinga Quzah ditarik. Kid mendengus geram. Saje lah tu buat-buat tak dengar.

"Aaa.. Apa? Tak dengar la tadi. Don't talk to me when these things were inside la,"

"Aku cakap…"

"Oh, mesin dah berhenti eh? Jom la kita sidai baju cepat. Nanti kau boleh sambung tidur," Quzah segera memintas. Sorry la sis.. I'm not in the mood to talk about him la.Bikin panas je. Tak pasal-pasal ada pulak baju yang terkoyak nanti. Quzah bingkas bangun dari kerusi dan melangkah menuju ke washing machine. Tangan pantas mengeluarkan baju-baju yang telah dibasuh.

Kid memuncungkan bibir. Suka main tukar-tukar topik la minah ni. Nasib baik aku mengantuk tau. Kid mengemas kembali meja tempat tumpang tidurnya sebentar tadi. Kerusi ditarik semula ke sudut bilik. Botol softener ditutup rapat. Barang bukti jangan ada yang tertinggal beb. Setelah memastikan semuanya normal seperti sedia kala, Quzah dan Kid melangkah keluar dari bilik dobi tersebut. Pintu dikunci cermat. Langkah diatur pula menuju ke ampaian yang terletak di belakang asrama. Kid masih lagi dalam mood tak puas hati sebab Quzah tak dengar apa yang dia cakap tadi.

"Kid, nak tau something tak?" tanya Quzah semasa mereka on the way nak balik dorm selepas menyidai baju di ampaian.

"Apa?" Kid semangat bertanya. Quzah nak bagitau something pasal dia dengan Alau ke?

"Aku nampak ada benda putih terbang atas tangki air tadi,"

Kid ternganga. Muka dah pucat semacam. Tanpa menunggu masa yang lama, Kid dah angkat kaki meninggalkan Quzah di belakang. Aku excited nak tau cerita pasal dia dengan mamat tu. Ada ke patut time-time macam ni nak bukak cerita Misteri Nusantara?

"Laa.. Aku tak habis cakap lagi la Kid. Aku nak cakap benda tu spesis Hedwig, burung hantu Harry Potter tu. Yang pergi lari tinggalkan aku sorang-sorang kat sini tu kenapa? Tak patut sungguh,"

Dan Quzah terus berjalan dengan You Better Pray di bibir dan bakul di tangan...

Sunday, February 14, 2010

Hikayat Sepurnama 9

Posted by riff rahim at 10:43 PM 0 penglipurlara
Kepala berat. Mata panas. Hidung berair. Kaki masih juga melangkah menuju ke dataran sekolah. Be strong Quz. Orang Islam dulu boleh je pergi perang waktu musim panas. Siap puasa lagi. Demam sikit apekedehalnya?

"Quz! Buat apa turun? Duduk diam-diam kat dalam dorm tu tak boleh ke?"

 5 meter dari dataran dah dengar Kid menjerit. Semua mata tertala ke arahnya. Beware. Red alert. Mode sedia-untuk-dibebel dah dipasang. Quzah sengih. Hopefully tak nampak macam kerang busuk or muka orang sakit. I don't want their mercy.

Kid dan G bergegas mendapatkan Quzah. Kepala hardcore tahap diamond betul la minah ni. Baru pagi tadi Kid bagitau G badan Quzah dah panas macam kettle elektrik yang diorang sorokkan kat dalam bilik mak cik cleaner asrama. Disuruh pergi klinik, macam-macam alasan keluar. Queue panjang sangat la.. Doc tak mesra alam la.. Tu belum kes nak telan paracetamol lagi. Silap-silap silat gayung, kung-fu, silambam semua boleh keluar semata-mata nak bagi Quzah makan ubat. Fobia muntah akibat makan pil Chi Kit Teck Aun masa kecik-kecik dulu. Dia lebih senang demamnya kebah sendiri.

"Cik commander,panglima angkatan tentera pun reti rehat tau kalau sakit," Kata-kata aluan daripada Kid.

"Aku tak nak General Tok Wan Alau Hitler membebel kat korang," Boot dah dikeluarkan dari dalam beg.

"Apa dia fikir kau mintak ke nak demam?" G tukang sambung.

"C'mon la babe. Takkan kau nak march jugak dengan muka merah padam macam ni. Silap haribulan karang comma pulak cik commander kita ni. Dah, I'll go and ask for excuse." Kid segera berlalu mendapatkan Alau di hujung dataran. G ikut dari belakang.

Ask for excuse? As if la mamat muka beku tu nak bagi. Quzah menarik nafas panjang. Boot segera disarungkan ke kaki. Jari-jemari pantas mengikat tali. Kemudian dia merenung ke hujung dataran. Kid dan G masih berdiri di situ tapi kelibat Alau tak dapat dikesan. Perlahan Quzah memicit dahi yang terasa berdenyut. Bahang matahari menambahkan lagi rasa berat di kepalanya. Hai, kepala ni taknak bagi mercy pulak..bila nak start kawad ni? Sekilas direnungnya Swatch di tangan. 4.45 petang. Lewat 5 minit. Marchers yang lain masih 'bersidai' lagi. Quzah kerut dahi. Sejak bila Tuan General tak punctual ni?

"Guys, jom la start. Mula cepat habis cepat." Quzah beri arahan. Tak cergas macam biasa.

"Ha, and Fara will command today as Quzah will be on the bench." Satu suara datang dari belakang.

What? Ingat ni hoki ke soccer nak main bench-bench? Quzah menoleh. Muka tak percaya. Mamat ni bagi aku excuse ke?

"Dah kata on the bench tu duduk la kat atas bangku ni." Alau maintain muka beku. Plastik di tangan diletakkan di sebelahnya. Quzah melangkah perlahan. Mata merenung tepat ke arah Alau dengan tanda soal bermain di kepala. Ni tak lain nak kenakan aku la ni. Dilabuhkan punggungnya di atas bangku.

"Nah." plastik di sebelah dihulurkan kepada Quzah. Sebotol air mineral dan paracetamol. PARACETAMOL?? Quzah membeliakkan mata. Mamat ni ada belas kasihan jugak rupanya. Ingatkan heartless sangat sampai aku demam pun dia buat buta je. Dalam hati rasa nak tergelak pun ada. Mesti baru beli dari koop ni. Tau takut pulak bila sorang mangsa dera dah sakit..

"Thanks. Though I don't need it." Apa-apa pun kena cakap terima kasih jugak. Walaupun tak tau la dia ikhlas ke tidak.

"Makan la ubat tu sekarang." Nada suara Alau tak ubah macam mak yang suruh anak makan ubat. Cuma versi Alau lebih monotonous.

"Kenapa aku kena ikut cakap kau?" Member-member aku suruh pun aku tak nak. Lagi la pulak mamat ni.

"Sebab aku dah beli untuk kau."

"Aku tak makan la ubat yang orang beli atas rasa bersalah sebab mangsa dera dia sakit. Nasib baik la mangsa dera tu aku." Selamba Quzah menjawab. Plastik di hadapannya dipandang sepi.

"Kau ni banyak bunyi kan?" Alau mengeluarkan sebiji paracetamol. Penutup botol air mineral dipulas. Segera dihulurkan kepada Quzah. Quzah angkat kening sebelah. Main paksa-paksa pulak mamat ni. No choices. Pil dipaksa juga masuk ke mulut. Air mineral segera diteguk menuruni kerongkong.

"Aku beli bukan sebab rasa bersalah. Aku bagi sebab aku sayang kat kau." Alau senyum segaris.

Quzah mencebik. Get lost with your sayang.

Hikayat Sepurnama 8

Posted by riff rahim at 12:31 AM 0 penglipurlara
Quzah menuang minyak angin cap kaki tiga di atas telapak tangan. Terus disapukan ke kaki yang lenguh teramat. Dahinya berkerut menahan sakit.  Diurut perlahan dari betis hingga ke hujung kaki. Sepintas mata mengerling alarm clock di atas divider. Pukul 1.30 pagi. Kid dah selamat 'berlayar' di katil sebelah. Suasana sunyi sepi. Cuma sesekali terdengar bunyi dengkuran yang tak tahulah dari mana arahnya.

Aduhh..tak boleh tidur la kalau macam ni.. Sebelum ini Quzah memang tak pernah rajin nak melayan sakit-sakit badannya. Tidur je terus, esok hilang la sakit tu. Tapi kali ini Quzah memang tak boleh tahan. Lenguh yang mencucuk-cucuk menghalang matanya daripada terlelap walaupun badan dah penat tahap maksima. Rasa macam nak tuang je sebotol minyak angin tu kat kaki ni…

Sebelum ni aku kawad jugak..tapi tak pernah la lenguh macam ni sekali. Melecet sikit-sikit tu ada la.

"Ini kawad ke tarian mak yong? Tak boleh keras sikit?"

"Macam mana korang boleh menang district level ni? Main rasuah eh?"

"Three minutes break. Lambat seminit squats. Nak suruh pumping tak sampai hati."

"Yang command tu kenapa macam tak makan? Orang jual nasi lemak pun boleh jerit lagi kuat la."

Patutlah.. Coach klon Adolf Hitler. Aku dah jerit macam nak terkeluar anak tekak pun dia kata tak kuat? Nak suruh aku pakai mic gamaknya. Quzah mengetap bibir. Geram. Tak pasal-pasal aku tidur lambat malam ni. Dia entah-entah sedap je terbongkang kat atas katil. Tiba -tiba Quzah sesal dengan tindakannya tempoh hari.

"Kau nak mintak aku tolong coach? Kalau takde aku takde harapan menang ke?"

Awal-awal lagi dah menyakitkan hati. Sekarang sakit kaki. Esok-esok? Kalau tau macam ni punya parah, baik stick je dengan formasi lama. Tak payah tau formasi baru pun lagi baik la! Quzah mendengus perlahan. Dah terlajak. Takkan nak quit separuh jalan kot? Kesian pulak kat diorang yang dah bersungguh-sungguh tu. Separuh mati kena dera dengan Hitler. Ingatkan aku ni dah cukup kejam dah, rupanya ada lagi yang lebih sadis..

"Kak Quz, kenapa tak tidur lagi ni?"

Quzah tersentak. Serentak dia berpaling.

"Maia, terkejut akak. Awak kenapa tak tidur lagi?" Ingatkan puteri bunian mana yang tegur tadi.

"Hehe..sorry..dari SR tadi. Stay up kejap. Akak sakit kaki ke? Nak Maia tolong urut?"

Angguk. Sorry la susahkan awak Maia. Dah rasa macam nak menangis dah ni. Quzah senyum tawar. Nasib baik ada junior yang baik hati. Boleh nak mintak tolong urut malam-malam buta macam ni.

"Sebelum ni tak pernah tengok akak sakit kaki pun. Banyak sangat march kot,"

"Coach kitorang harsh sangat,"

"New guy tu kan? Siapa nama dia?"

"Alau si busuk hati,"

Maia tergelak kecil. Marah betul nampaknya Kak Quz ni. Kesian dia. Macamlah Maia tak tahu kisah Quzah dan Alau. Sehari tak dengar Quzah merungut pasal mamat tu memang tak sah. Alau inilah.. Alau itulah.. Inikan pulak nak tengok diorang berdua berganding bahu? Dah macam tengok Tom baik dengan Jerry. Tu pun satu dua episod je. Tapi zaman sekarang ni ada je kucing boleh baik dengan tikus kan? Harap-harap cerita Alau & Quzah ni pun boleh la jadi macam tu..

"Kak Quz, kenapa badan akak ni panas semacam? Akak demam eh?"

"Takdelah, OK je. Takpelah Maia, akak nak tidur la. Thanks for the urut and goodnight. Tolong kejut akak esok pagi OK?"

Maia menggeleng perlahan. Kak Quz!!!!

Wednesday, January 27, 2010

Hikayat Sepurnama 7

Posted by riff rahim at 3:54 AM 0 penglipurlara
Completing the square.

Quadratic functions.

Logarithms.

Siapa la yang bijak pandai+(banyak -sangat-masa-macam-dah-takde-benda-lain-nak-buat) yang reka benda-benda macam ni ek? Ayat aku pun dah jadi macam formula Math. Side effect selepas hampir setengah jam menghadap handout Add Math yang satu soalan pun tak sempurna. Oho, can't put the blame on them. Sah-sahla benda ni ilmu. Allah suruh kita cari ilmu tu, kan Quzah? Sabarlah wahai hati.. Tabahlah nak hadap nombor+simbol yang dah nampak macam cacing kerawit ni..

Ni baru syllabus awal FORM 4. Ni baru sekolah menengah Quzah. Lari ceruk mana pun kat bumi ni kena hadap nombor jugak. Alahai alergicus angkarus..(scientific name yang Quzah bagi untuk penyakit tak-tahan-tengok-nombor).. tolonglah vanish from my mind setting. Sah-sah la susah. Bukan macam telan cetirizine hydrochloride je. Daripada posisi duduk dengan postur yang betul, Quzah letak pulak kepala atas meja. Kejap lagi mesti tangan tukar syif dengan mata.

Quzah mengerling jam di pergelangan tangan. 3.40 petang. Kejap lagi Asar. Add Math tak siap lagi. Petang practice march pulak. Oh, tak boleh, tak boleh…. Nak tak nak kena pergi situ jugak. Duduk kat kelas ni terbejat otak aku. So long Alpha 2. My brain does need some fresh air. Quzah bingkas bangun dari kerusinya…

********************************************************************************************

"Oit, merata sekolah aku carik kau. Dah agak dah port kat sini,"G melabuhkan punggung di sebelah Quzah.

"For what sake?"tangan sibuk tekan kalkulator. Alhamdulillah, one more question to go.

"Saje. Mengantuk,"

"Orang mengantuk carik bantal la sis,"

"Ada jugak orang mengantuk pergi lepak atas rooftop surau,"

Quzah sengih. Aduss..headshot. Terima kasih G.

"Yelah, nak panjat tangki air tinggi sangat. Nanti kau tak larat carik aku pulak," Ada senyuman perli di situ.

G gelak. Ada je yang nak dijawab. Tak bagi peluang aku menang langsung. Tau lah dulu aku yang spoil adventure panjat tangki air . Teringat pulak time tu. Mati-mati G tolak nak join Quzah dan yang lain pergi panjat tangki tu after PMR. Kes gayat lah tu. Lepas dipujuk, barulah G setuju nak naik. Sudahnya, G tak bukak mata sikit pun bila dah sampai atas. Punyalah takut. Dekat seminggu jugaklah telinga dia cair kena perli.

"Dah Asar?" soal Quzah. Alhamdulillah, latih-tubi Add Math dah selesai. Cuma tinggal satu soalan yang confuse. Balik dorm nak tanya Sifu Nadh. Barang-barang semua dah disumbat ke dalam beg.

"Belum. Turun sekali?"

Quzah angguk. Segera dia bangun dan menggalas beg. Lepas ni nak get ready for marching pulak. Pertandingan Kawad Kaki peringkat negeri lagi dua minggu. Formasi baru tak practice lagi. Physics notes tak copy lagi daripada Squid. Mural kat dining hall..hoho..tak mau fikir dulu..letih dah main kira-kira tadi. Makin besar makin bertimbun pulak kerja-kerja yang nak dibuat. Ingatkan dah upper form ni boleh lah relax sikit. But now then I realize that life isn't that easy. Takpe Quzah.. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. He knows the best.

"Quzah, aku dah tanya Ajib about the formation. Dia takde idea  nak buat macam mana. Tapi, dia ada suggestkan orang yang boleh tolong kita," tiba-tiba G bersuara ketika mereka sedang menuruni anak tangga.

"Takpelah kalau macam tu. At least ada jugak orang yang tau. Ajib ada cakap tak nama orang tu? Boleh aku pergi tanya dia," Alhamdulillah..see? Satu-satu Allah permudahkan.

"Ada jugak. Tapi tak taulah kalau kau setuju ke tak,"

Quzah kerut dahi. Kenapa tidak?

"Sebab Ajib cakap nama dia Alau,"

Dan langkah Quzah terhenti di situ.

Tuesday, January 26, 2010

Hikayat Sepurnama 6

Posted by riff rahim at 6:39 AM 0 penglipurlara
"Beli baru la Quz. Dalam Galaxy banyak kot."

"Tak pun aku print out dari internet. Tapi tak cantik macam yang ni la."

"Ni mesti parents dia datang semalam. Takpun delivery order. Dah macam satu meal dia sumbat kat dalam ni. Cuba check kot la dia tinggal ayam seketul dua."

Quzah mengetap bibir. Aduhai la sahabat-sahabat. Sempat lagi buat lawak kurang efisyen. Mata masih lagi tertala pada meja bersampul biru di hadapannya. Speechless.

Great. Brilliant. Kreatif dan inovatif. Aku tak pernah tahu pulak yang aku pernah mintak autograf Billie Joe  Amstrong ni. And aku tak pernah ingat pulak yang aku pernah isytiharkan meja aku ni dah ambik alih tugas Mr. Dustbin. Damn.



"Hari ini dalam sejarah la Quz. Selama ni elok je aku tengok si Billie ni bertapa atas meja kau. Siapa yang dah bosan sangat sampai dah takde tempat lain nak berkarya ni?"

Kyna bagi soalan sarcastic. Memang cari nahas betul orang ni. Dah la tu poster kesayangan dia. Kalau kat gambar orang utan atas meja aku tu takpelah jugak. Dah tu siap sumbat plastik KFC beserta sisa-sisa sampah ayam goreng hot and spicy sekali. Manalah si Quz ni tak HOT. Tapi aku tengok sabar semacam je minah ni. Kalau kena kat aku, dah berpuluh bakul bersaiz bakul durian dah kena siap nak tadah sumpah seranah. Tapi berpuluh tu kira baik jugakla kan?

Kid kerut dahi. Rilek giler muka minah ni.  Tipulah kalau nak kata dia tak marah. Hari tu Deq tertinggal plastik Kinder Bueno pun aku dah tak larat nak dengar dia merungut. Takde civic-minded lah.. Spek tak cukup power nak nampak dustbin kat belakanglah.. Inikan pulak buat meja dia macam lori sampah. Eh, tapi Quzah memang macam ni. Dari mata dia yang konon-konon macam tengah bersoal-selidik dengan meja tu, mesti ada agenda kurang sihat yang sedang dirancang. Muka tak beriak yang sukar dibaca. Sedar-sedar dah jalan dah plan tu. 

"Dia ke Quz?"soal Kyna.

"Who's on earth lagi yang nak buat macam ni,"Kid balas.

Quzah senyum segaris. Kyna pandang Kid. Thought so. Ada unsur jenayah kelihatan . Dah kenal dah style senyum macam tu. Lepas ni tinggal tunggu dan lihat jelah siapa yang kena. Tapi masing-masing pun macam dah dapat signal telepati daripada Quzah. Dah tak payah teka siap orangnya. Memang formula Chemistry yang cukup baik je boleh dapat bonding macam kepala otak diorang ni.

"Payback?"

"Aku rasa yang tu kau tak perlu tanya Kyna,"

"Aku lupa aku tengah tanya Quzah,"Kyna buat correction.

Senyum lagi. Tangan laju mengutip sampah-sampah di bawah meja. Dengan tenang (as if nothing happened to her), Quzah melangkah ke luar kelas dengan sebungkus sampah di tangan. Namun, sebaik sahaja sampai di deretan locker, langkahnya terhenti.

" Sure. Orang dah bagi bola tanggung kita smashlah balik,"

Dengan tenang (lagi), sampah yang tadinya di tangan kini bertukar tempat ke dalam locker. And for sure, Kyna dan Kid sikit pun tak terperanjat sebab itu bukanlah satu tindakan paranormal ataupun abnormal yang Quzah pernah buat. Sebab lain, tuan punya locker tu sikit pun tak tersasar daripada jangkaan mereka. Siapa lagi kalau bukan Alau!

Monday, January 25, 2010

Haishh..kne kawen ke??----

Posted by riff rahim at 1:08 AM 6 penglipurlara
"Cah,makan tu janganla banyak2 tempat..kawen ramai nanti"
"Tengah masak kat dapo jangan mnyanyi,nanti dapat suami tue bru taw.."
"matahari tegak atas kpale baru nak bangun ye..ilang rezki,rugi kamu"

"haishh,mak ni..itu x boleh ni x boleh..macam2 la..bukannye btol pon mende tu."  Balasku apabila mak berleter atas tabiat ak yang susa bno nak diubah.al-maklumla,keras noh kpale..klu kne hentak kat dinding,alamat retakla dinding tu..

....................................................................

Ahaks..kuat bno mlawan mak mse kecek2 dulu.Mak,maafkan Cah ek..Cah bkn nak mlawan mak pon,cme iyela..bdak2..salu nak ikot kte dye je..nakal kn Cah dolu2..Sampai x cukup jari nak kire da bpe kali kne libas ngan abah gne rotan tebal n panjang x hengat dye tu sbb salu lawan cakap mak abah..Lagi2 ble Cah ikot abang ponteng klas ngaji n g men ngn 'sahabat2' seangkatan..Memang indah zaman kanak2 kn mak..Tbe2..

"Ketika chenta bertasbih,nadiku berdenyut merdu..kembang kempis dadaku..~~"
" ..merangkai butir chenta.."..oppsss,terlayan daaa..

Spe lak yang kol pepagi bute neh ..kaco orang nak feel2 btolla..Eh,mak!!
Aah,lpe lak yang ak da janji nak kol mak arini.Haishh,bz pnye pasalla neh..haha,x pasal2 ke'bz'an mnjadi mangse skali lagi..

"Hello..Assalamualaikum mak.."
"Haa..Waalaikumussalam..Da bangon pon kamoo..jangan la dibuat lagi prangai cam dolu2 tu..bangun mse matahari da nek kpale..x manis,umo pon da lanjut..da layak jadi mak orang da pon..klu tahu dek ayah kamoo,rotan tu la hadiah spesel kamoo..

"Hehe..mak ni,taw2 jek..x laa..Cah da lme tgglkan tabiat tdo-mlampau-tahap lipas-hibernate tuu..x elok,bak kte mak..kan3??Lagipon,ni baru je lepas solat Subuh,bru ingat nak ngaji..ehehe..mak abah sihat?"

"Baguih la tu.mak abah sihat..abang kamu ad kat umah ni,ngn kak long kamu.."

"Yeke??windunye kat abang que..depa cne mak?sihat??"

"depa pon dok sehat2 ja..akak kamu tu baru ja pregnant 3 minggu..tu yg mak dok gumbira sgt..kamu bila lg?haa,ni ble lagi nak balik umah ni..ayah kamoo tu da rindu sangat dengan kamoo..sejak due tige menjak neh,salu jek dye ngadu kat mak,ble nk timang cucu..ka.."

"mak..Kawan cah panggil tu..tjerit2 dye..ad lipas la tu.hee..len kali kte sambong borak ek mak.."

"itu la kamu..ble orang cte sal kawen,cepat je mngelak..yela2,p la tulong kawan kamu tu..kem aslam kat depa semua noh..abah n sume2 kem salam.."

"Waalaikumussalam..p dulu noh mak..salam"

"hemmm..waalaikumussalam..blajaq bek2 noh.."

tuuuuuuuuuuuutttttttttttt...

Fuhh,lege..naseb bek sempat mngelak..Cayalah Cah!!I'm da champs!!oo yeah!!shantoh2!!Kalau x krane mell jerit  tahap nak tkluo anak tekak kat dapoq ble nmpk lipas tkedek2 ngn kuncu2 atas meja cm wat kawat ala2 dak MTD (panjang bno x ckp nafas sungguh ak cter),x dapek den nk nulong..Tahan je la tlinge dnga cramah free d pepagi bute drpd Puan Maryam a.k.a guru disiplin Skola..err,x engat nme..hehe..kantoi ak..

.....................................................................................................................

Mak,bukan Cah xmo kawen @ menidakkan sunnah Rasulullah tu..cme,maybe blom sampai mse n jodoh la kot mak..Bukan xde laki2 g ske n minat kat cah (ceh,bajet cun cam putri gunung Sinai lak..err,ad  ke??ngarut sudeh ak)..cme cah lom bersedie nk pk n pikol tanggungjawab yang terSANGAT la..BESAQ mak oii..

Cah salu terpiki..mampu ke Cah jd mak mcm Mak..Mampuke Cah besakn anak2 cah mcm Mak..Mampuke Cah menghadapi dugaan berkongsi idop ngn orang len macam mak..Boleh ke Cah tunaikan tanggungjawab seorang isteri n automatik sebagai ibu n suri rumahtangge macam Mak..Macam2 Cah pk mak..

Sungguh,usia bertambah n mcm kte mak,da layak jd mak orang..tapi..tapi...

"Cah,dalam dunia ni xde hatta seorang pon yang xde n x dbri tanggungjawab..Smua orang de tanggungjawab masing2.Kte sebagai muslim ,ad tanggungjawab yang paling besaq..iaitu,menjadi khalifah Allah d muke bumi..Satu janji antara kita dengan Dia mse kte msh dalam prot mak lagi..n kawen..mmg bsaq tanggugjawab..kahwin kn sunnah rasulullah..spe2 yang x ikot sunnah rasul,rasul xkn mngaku dye sebagai umat..kahwin ni ad banyak hukum..bagi orang yang mampu,diharuskan berkahwin..mcm Cah..umo da lanjut..ad kemampuan..bkn mak nk paksa Cah kawen..cme mse mak da x panjang..emm.."

Itula yang mak salu luahkan,ble ak berhujah ngn mak ala2 debat ala parlimen pasal..KAWEN..
Abah,Cah kne kawen ke????????

p/s:the mostest firstest entry ak..cerpen yang simple..idea asal ak cedok dr mne tah tp byk di modified..engt nk smbg smpi part 2..spe2 yg da bce bg la komen ek..so dat ak leh improve skil writing ak oleh tgn2-yang-gatal-nak-mnulis-even-sok-EXAM..hoho..btw,doakan kami dak2 uni cairo 1st year yg nk exam stat sok ek..mudah2an doa2 kalian smpi ke Arasy Allah..ameen~

>miezazee.que<
11.06 a.m waktu misr..


Thursday, January 14, 2010

Hikayat Sepurnama 5

Posted by riff rahim at 8:20 AM 2 penglipurlara
Tak boleh jadi ni! Baru datang sini dah buat hal. Dia ingat dia siapa? Quzah deras mengatur langkah menuju ke makmal bahasa. G mengekor laju dari belakang. Lenguh juga kakinya cuba mengejar Quzah. Nak disuruh perlahan, bimbang dia pula yang akan disembur. Mahu tak mahu, dia bergegas juga walaupun kadangkala terpaksa berlari-lari anak. Mengah jugak nak kejar minah ni. Adrenalin type apa yang dia guna ek? Kalau jadi wakil Malaysia lumba berjalan kaki ni, sure dapat pingat..sempat lagi G melayan otaknya buat lawak kurang efisien di saat ini. Tetapi melihatkan wajah Quzah yang serius tanpa segaris senyuman, tawanya hanya di dalam hati.

Ni kes berat ni..siapa yang berani cari pasal dengan Quzah atau kengkawan dia memang silap besar. Perempuan ni lain sikit perangainya. Sekali dah kena, berganda-ganda dia akan balas balik. Sampai habis sekolah pun belum tentu habis dendamnya. Bukan G tak ingat semasa di tingkatan 3 dulu, si Lat mulut tempayan pernah suruh warden buat spotcheck semata-mata kerana mahukan I-pod Quzah dirampas. Tak lama lepas tu, dia pulak yang bising-bising MP4nya hilang tak dapat dikesan. Akhirnya, dia jumpa balik benda alah tu, di dalam kasutnya yang diletakkan di surau, tapi dah terbahagi kepada beberapa bahagian (dah ranap hancur berkecai lah tu). Sasau sekejap minah tu tapi Quzah elok jer berbahagia dengan I-pod dia yang G pun tak tau macam mana dia ambil balik. Tapi dia tau, Quzah takkan sebegitu baik untuk panggil parents dia datang dan tuntut balik I-pod kesayangannya tu apatah lagi nak memujuk rayu warden bagi memulangkannya kembali. Dan G juga pasti siapa yang mendajalkan MP4 Lat kerana sebelum itu Quzah pernah bertanya kepadanya, “Wei G, kasut Lat yang mana satu ek?”(so, korang pikirla sendiri…)

“Siapa yang pilih dia jadi presiden ELS, G?” Quzah tiba-tiba bersuara.

“Err..Miss Raza I guess..”G hanya meneka.

“Macam manalah mamat emotionless tu boleh jadi presiden, ek? Bukan berkaliber pun..berkaki lebar yelah!” Quzah membantah sambil kakinya pantas mendaki anak tangga Blok C. G yang mengekorinya saat itu dah berangan tiba-tiba sepasang sayap tumbuh di belakangnya dan dia terus terbang ke tingkat 3. Semputlah kalau naik tangga pun nak ikut step si Quzah ni..silap-silap ada yang turun bawah balik dengan stretcher karang..Eh, mana Quz tau kaki dia lebar? Pernah tanya ke saiz kasut dia berapa? Ke pernah ukur? G memang dah tak boleh buang tabiat otak dia yang sejak azali loyar buruk tu.

“Aku..rasa..sebab..dia..terer speaking kot..” G cuba menjawab soalan Quzah sambil menghirup seberapa banyak oksigen yang boleh. Itu pun tak cukup rasanya. Mengah sungguh.

“Ala, speaking berhabuk macam mana pun, kalau manners tahap masyarakat zaman batu yang tak cukup bertamadun tu buat apa!” bentak Quzah. Mamat ni memang takde keperimanusiaan langsung. Dia tak boleh faham ke masalah orang lain? Baru sebentar tadi G datang ke kelas Quzah tatkala dia sedang asyik menyiapkan biology lab report-nya untuk menyampaikan berita bahawa Kid dihalau daripada mesyuarat ELS gara-gara dia belum membayar bayaran annual dinner persatuan tersebut. Sebaik sahaja ayat G menampar gegendang telinganya, Quzah bingkas bangun dari tempat duduknya. Muka dah merah tahap Hellboy. Terus sahaja dia menapak menuju ke makmal bahasa. Bio report dibiarkan sahaja tersadai di atas meja. G pun terpinga-pinga kerana tidak menyangka tindakan refleks Quzah macam tu punya cepat.

Dan kini G menyesal tak sudah sebab rajin sangat jadi live reporter untuk kejadian sebentar tadi. Kalau tak beritahu takdelah aku sampai putus nafas mengayuh kaki..keluh G dalam hati. Namun, mengenangkan nasib teman yang telah diusir dan dipersalahkan atas sebab yang tak berapa munasabah, lenguh di kaki dah tak terasa. Tak reasonable sungguh! Ingat bapak semua orang ada syarikat import-export macam bapak dia ke? Ataupun yang 24/7 kerja cop duit? Kalau ye pun nak grand sangat annual dinner tu, bertimbang rasa la sikit. Macamlah nak panggil Jerry Seinfeld jadi pengerusi majlis pun.

Dari jauh kelihatan Kid yang sedang duduk di bangku luar makmal bahasa. Kepalanya terteku mengarah ke lantai. Pandangannya kosong. Terpancar kegusaran di wajahnya. Jelas. Tak perlu ditafsir lagi.

“Kid, what happened?” Qaus Quzah segera mendapatkan sahabatnya itu. Diraihnya jemari Kid dalam genggaman. Hatinya bagai tersayat tatkala mata sayu itu menatap wajahnya.

“Aku bukan sengaja tak nak bayar Quz.. kau pun tau kan..,” Kid mengetap bibir. Betapa berat dugaan yang menimpa dirinya saat ini. Kalaulah ibu ada kerja yang tetap.. kalaulah ayah sedar bahawa ayah masih punya tanggungjawab yang tergalas di bahu, sudah tentu dia tidak akan dimalukan seperti hari ini. Kalaulah ayah berhati perut dan tak pergi meninggalkan kami!

Qaus Quzah menarik nafas panjang. Memang tak boleh jadi. Nalurinya mengatakan Alauddin telah melampaui batas. Tanpa membuang masa, Quzah segera menolak daun pintu makmal bahasa. Semua mata tertumpu padanya. Pedulik hape aku! Pandanglah puas-puas. Biar hari ni semua orang tau apa balasannya kalau tak reti nak jaga perasaan orang lain. Quzah melangkah ke tengah-tengah makmal. Matanya tajam merenung si Presiden yang sebelum itu rancak mengendalikan mesyuarat. Lagak dah macam Hang Tuah nak mencabar Hang Jebat zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu. Bezanya cuma takde keris je yang tersisip di pinggang dan ada penonton live on seat. Senang-senang dapat tengok free show ala-ala teater Istana Budaya.

Alauddin tercegat. Apsal minah ni? Angin takde, rebut takde.. tiba-tiba jer spoil meeting aku. Tak bagi salam pulak tu. Dia menyambut kedatangan Quzah dengan kerutan di dahi. Dalam masa yang sama otaknya ligat mencari jawapan untuk persoalan yang timbul sebentar tadi.

Quzah berhenti betul-betul di depan Alauddin walaupun Quzah tahu dia terpaksa mendongak sedikit untuk bercakap dengannya (kes tak cukup ketinggian). Kalau diikutkan hati, mahu saja dia terus turning kick Alauddin di situ. Biar tanggal dua tiga batang gigi, kurang sikit gigi yang nak diberus. Tapi kalau dapat bisu terus lagi bagus. Dapatlah Quzah jadi hero untuk siapa-siapa yang telinganya pernah cair akibat di’laser’ dengan mamat ‘kaki lebar’ ni. Dia ingat dia Cyclop ke suka-suki sesedap rasa Knorr nak melaser orang?

“Ha, ni kenapa pulak ni? Tak puas hati?” Datang-datang terus berdiri depan aku. Ingat besar sangatlah tu. Alauddin maintain dengan muka tak berperasaannya.

“Memang aku tak puas hati. Apsal kau senang hati je halau kawan aku tadi? Nak cari gaduh ke?” Quzah dah start mengaum. Dia memang takkan berlembut dengan golongan lelaki hati batu macam Alauddin. Keras lawan dengan keras la beb!

“Oh, kawan kau ke tadi tu? Ha, memang layak dihalau pun. Kat dalam bilik ni mana ada orang attend dinner free.
“Hello bro, nak cakap tu tapislah sikit. Kau ingat kawan aku tu kebulur sangat ke nak makan dinner korang ni?” Berdesing telinga Quzah mendengar jawapan Alauddin sebentar tadi. Menyirap sungguh! Terasa seperti darah menyimbah ke muka.

So, what’s the big deal? Yang kau susah-susah tolong back up dia ni kenapa? Saje cari publisiti ke..?” pedas Alauddin membalas. Tak faham betul aku perangai minah sorang ni. Mengamuk tak tentu pasal. Ni mesti kes kurang kasih sayang ni…

Quzah membesarkan matanya. Ini sudah lebih… memang mamat muka beku ni menempah maki nampaknya. Dah buat salah tak nak mengaku pulak tu. Minta maaf jauh sekali. Quzah dah tak boleh bertoleransi lagi.

“Sah-sahla aku back up kawan aku. Mamat heartless macam kau je yang tak reti consider masalah orang lain. Kau ingat semua orang kat muka bumi ni ada kilang duit ke sampai kau nak halau dia depan semua orang? Kalau nak on time sangat, kau suruh je bapak kau bayar untuk semua ELS member ni. Boleh cover dosa mulut anak dia!” Yess!!! Serangan dibalas. What you give, you get back lah. Selamba Quzah menjawab. Dia dah bersedia menunggu patah-patah kata yang bakal keluar dari mulut Alauddin.

Alauddin terpempan. Pergh.. bisa betul ayat perempuan ni. Dah sampai main bapak pulak. Tapi betul jugak apa yang dia cakap kan. Melampau sangat ke apa yang aku buat tadi? Alauddin mengetap bibirnya. Lost words. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata Quzah sebentar tadi. “Heartless yang tak reti consider perasaan orang lain”. Namun, sebanyak mana pun penyesalannya, tinggi dan kukuh lagi tembok ego dalam hati Alauddin. Dan disebabkan itulah, sedikit perkataan maaf pun takkan meluncur keluar dari bibirnya. Ye, aku memang heartless! So what? Alauddin membatukan diri. Hanya renungan dingin sebagai jawapan.

Eh, diam pulak. Takkan baru sound sikit dah kena kancing gigi kot? Quzah mengangkat kening. Masih menanti Alauddin untuk bersuara. Dalam hati dia tergelak kecil. Seronok dapat jumpa buku dan ruas. Seronok dapat buat mamat kat depan ni terdiam seribu bahasa. Lagi seronok sebab dia tahu Alauddin takkan menjawab. Victory. Senyuman sinis terukir di bibir.

Bear in mind,” lantas kaki diatur keluar.

Alauddin mengetap bibir. Rasa macam dah tak larat nak angkat muka. Fine, you asked for it. This means war!!!

to be continued...

~tukang_karut_jd~

 

bedtime.story Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez