Tuesday, July 20, 2010

Keinsafan..

Posted by riff rahim at 8:52 AM 0 penglipurlara
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.


Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.


Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Wednesday, June 9, 2010

Hikayat Sepurnama 11

Posted by riff rahim at 1:20 PM 0 penglipurlara
Tali boot diikat rapi. Belt dah kemas di pinggang. Mafla di leher dah kacak. Berret beserta hackle di kepala dibetulkan. Pintu toilet tak pernah diam daripada tadi. Ada je pengunjung yang nak masuk. Makin lama makin ramai pulak yang nak bertapa dalam toilet ni. Quzah malas nak ambil kisah. Mata masih lagi tidak lekang daripada memerhatikan cermin. Tajam. Macam ada yang kurang.

The day has come Quzah. Sempat dikerling Swatch di tangan. Lebih kurang satu jam lagi. Practice bulan-bulan, kawad kat tengah-tengah  dataran tu lebih kurang setengah jam je. Haru betul.

Sebelum ni, 3 malam berturut-turut dia dan semua peserta kawad yang lain buat solat hajat berjemaah kat surau. Dah usaha habis baik takkan tak nak mintak tolong Dia jugak kan? Semoga semuanya berjalan lancar. Hopefully kulit diorang yang hitam dek kerana sunburn ni berbaloi. Hopefully kaki-kaki diorang yang melecet akibat bergesel dengan boot-boot yang keras ni berbalas. Hopefully segala kesabaran diorang sepanjang berlatih dengan coach Hitler berbayar. Hopefully, insya Allah.

Quzah menarik nafas panjang. Tiba-tiba perut terasa senak. Gosh, butterflies in my stomach. Peluh dingin merecik di dahi. Quzah, why do you have to be so nervous? Macam la tak biasa jadi commander. Air liur terasa likat. Sympathetic effect yang tadinya tak terasa dah menjalar ke segenap tubuhnya. I really hate this feeling. Quzah pejam mata rapat-rapat.

"Quz, forget not to take off those glasses during the kawad tau. Show them that you have no weaknesses. Bunyi macam bagus je kan? But the thing is, I want you to be confident,"

Damn. Kenapa aku teringat ayat DIA? Bibir diketap sekuat hati. Trying to get this hell out of my mind. I need nothing from you.

Sekilas direnung sekeping nota yang berlipat di atas sinki. Baru sekejap tadi G jadi posmen 'paksarela' untuk menyerahkan nota tersebut di tangannya. Hatinya berkira-kira. Apa yang si Hitler ni tulis?

"Dia kata mesti sampai kat tangan kau safe and sound,"

Terngiang-ngiang ayat G sebentar tadi. Gaya macam nak seludup dadah je. Bagi macam biasa tak boleh agaknya. Tok Wan Alau Hitler ni pun satu. Padahal sebelum bertolak tadi elok je dia berdiri sebelah pintu bas tu. Takde pulak nak cakap apa-apa. Setakat buat muka beku dia (yang konon seram) tu je. Ni tiba-tiba hulur kertas-nota-entah-apa-apa-entah kat aku. Quzah geleng perlahan. Tak faham dengan perangai masyarakat zaman sekarang. Tangan segera membuka lipatan kertas tersebut.

"Cik commander, jangan jerit macam orang tak makan. Aku nampak kau sebat 2 pinggan mee goreng pagi tadi.
Tolong la menang. Don't screw up anything. Aku tak nak kerja sia2"

P/S: Apsal hari ni kau pakai contacts?
-Alau-

Urgh. Quzah mendengus geram. Hampehnya mamat ni! Menyesal giler aku baca nota dia. Kertas di tangan digumpal. Segera dicampaknya ke dalam tong sampah yang memang dah sedia menganga nak telan kertas tu. Panas betul hati Quzah. 'Rama-rama' dalam perut sebelum ni terbang entah ke mana. Masa-masa kritikal macam ni la dia nak cari pasal. Macam la dia sorang je yang penat buat semua ni! Memang silap besar la cooperate dengan kau dulu.

Fine. Hari ni, kita tengok siapa yang tak makan, siapa yang terlebih makan. Quzah tekad. Apa-apa pun, hari ni dia kena menang. No matter what, dia kena buka mata Alau luas-luas supaya lepas ni mamat beku tu tak boleh pandang rendah pada dia lagi. Sekali lagi direnungnya cermin di depan mata. Muka dah determined habis tahap max. Kat depan dia sekarang ialah Quzah without her spectacles.

Yes, I'm wearing contacts today. Why? Because I just can't get him out of my mind. I lied just now. KHILFI, I REALLY NEED YOU RIGHT NOW. ALWAYS NEED YOU.    

Lantas kaki melangkah keluar dari toilet yang semakin sesak.

 

bedtime.story Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez