Thursday, January 14, 2010

Hikayat Sepurnama 2

Posted by riff rahim at 4:27 AM
“Kid, nampak Quz? Dah setengah jam mamat tu tunggu dia tau..”


Kid baru sahaja nak mendaki tangga naik ke kelasnya apabila terserempak dengan G yang nampak gayanya macam nak cepat. Tak sempat-sempat nak bernafas. Kid mengangkat kening. Setengah jam? Lame giler..aku nak bagi alasan apa ni? Tiba-tiba tekaknya terasa kesat. Aku rasa aku lupa nak tuang lubricant oil kat otak aku la..auta tak boleh nak keluar ni..

“G, dia marah ker?”


“Maunya tak..semua orang dah start discuss tau. Ni dia suruh aku panggil Quz la ni. Tapi parents aku datang pulak. Kau boleh tolong panggilkan?”


Kid berfikir sejenak. Nak pergi panggil ker?


“Takpelah G. Nanti aku pepandai lar handle. Thanks ek.” Wah, tiba-tiba aku mengamalkan konsep Batman & Robin. Asyik buat kerja kebajikan jek.

Kid menggagahkan kaki untuk menapak ke kelasnya yang terletak di tingkat 3. Dia menarik nafas sebaik sahaja tiba di hadapan pintu kelas-bukan kerana lega, tetapi kerana hampir-hampir tersungkur di anak tangga menghadap kelas 5 Alpha 1 sebentar tadi. Mujur yang ada di dalam kelas itu hanyalah Budi, yang sedang enak berdengkur di tempatnya. Tidur dah ala-ala berenang gaya bebas. Nak tidur pergi balik dorm la woi..takde katil ker ape..buat aku suspense jek. Tu kalau ada orang nampak tadi, sanggup aku naik blok ni dari tangga blok sebelah..huhu. sebelum menjejakkan kaki lagi, Kid sudah dapat merasakan aura panas berapi membunuh dari dalam kelasnya. Bahaya ni..silap-silap karang ada jugak yang meletup..Kid mengerling jam di tangan kirinya. Sah, kali ni bukan sikit punya lambat. Yang Quzah pun satu, kalau dah tau hati tu separuh pun takde nak jumpa mamat ni, janganlah janji nak jumpa. Kan dah menyusahkan aku ni namanya..

Kid menjenguk ke dalam kelas. Matanya dapat menangkap kelibat Bert yang sedang khusyuk ber’discuss’ dengan partnernya, Ash di sudut ilmiah belakang kelas. Mesra alam nampaknya..kan bagus kalau Quz dengan Alau macam tu. Ni tak sudah-sudah dengan Perang Dingin-antara-blok-dunia diorang tu. Sesekali telinganya menangkap suara Squid yang sedang memberi penerangan kepada Nadh dengan penuh bersemangat. Dah macam YB berkempen pilihanraya. Sebenarnya dari tingkat satu lagi Kid dah dengar suara Squid. Nak ajar satu sekolah gamaknya..tapi Nadh still nampak macam blur-blur grey area lagi. Buat penat jer Squid explain. Kalau tadah air liur dia dah boleh buat basuh kereta pengetua agaknya.

Namun, pandangan Kid lebih fokus ke arah seorang jejaka yang sedang duduk di tempatnya sambil menekan-nekan kalkulator. Nasib baik tak tenggelam butang benda alah tu. Telinganya yang merah sudah cukup untuk memberitahu Kid bahawasanya mamat tu memang tengah marah tahap volcano Krakatoa yang tunggu masa jer nak meletus. Tapi rasanya sedikit sebanyak marah tu dah terlepas kat kalkulator dan buku latihan Fizik kat depan dia tu yang nampaknya lebih banyak tulisan daripada jalan kira or formula. Nasib koranglah..Kid menelan liur yang rasanya pekat lebih kurang macam albumin yang diorang guna time buat Millon’s test kat lab dulu. Otaknya ligat berpusing mencari folder ‘The Best Excuse for Quzah’ tapi nampak gayanya file tu dah corrupt. Entah sejak bila otaknya dah terjangkit virus yang tak diketahui spesiesnya sampai saat ini pun dia masih lagi gagal untuk mencari alasan untuk Quzah. Dia teragak-agak untuk bersuara.

“Err..Alau..Quz cakap sekejap lagi dia sampai. Dia tengah..tengah..kiwi kasut..” 


What-a-crap! Kau cakap apa ni Kid? Kejap lagi dia sampai? Minah tu taknak datang terus la woi..and part kiwi kasut tu memang alasan paling bodoh pernah dia bagi sepanjang dia terlibat dalam gejala belit-membelit ni..kata professional..agaknya hari ni mulut aku memang taknak bohong kot..or maybe bohong sikit-sikit jer..Kid mengerutkan dahinya sambil memerhatikan Alau dalam jarak kira-kira 1 meter di depannya. Yelah, manalah tau kot-kot tiba-tiba dia campak kalkulator tu..tak pun terbalikkan meja ker..sempat la jugak kalau nak elak..

Jari Alau yang tadinya rancak menekan butang (atau lebih tepat lagi, menjahanamkan butang) kalkulator terhenti. Dia memalingkan wajah menghadap ke arah Kid. Fuh, kalau test dengan kertas pH ni, tak tau la berapa rendah pHnya nak menunjukkan betapa masamnya muka mamat ni sekarang. Kid tunduk memandang gambar Captain Jack Sparrow di atas meja Shay. Tak sanggup nak balas renungan Alau yang dah setanding pedang Zorro tajamnya. Kalau Johnny Depp ni yang yang pandang aku macam tu boleh la jugak nak jatuh cinta..

“Kejap lagi? Dia nak suruh aku tunggu dia sampai besok ker?” Alau bersuara mendatar. Monotonous habis! Ada getar di hujung ayat tersebut.

“Sampai minggu depan pun takpe kalau kau sanggup nak tunggu..” Balas Kid selamba. Eleh, ingat aku takut dengan kau ker? Cantik sikit ea..

What? Aku dah tunggu kat sini dekat sejam kau tau tak? Aku nak kau tolong panggil dia sekarang..”


“Kalau aku tak nak?”


“Jangan tanya kenapalah kalau nama dia ada pada Miss Raza for not being cooperative!” tegas Alau.


Oh man..dah pandai main ugut-ugut pulak..mamat ni dah la blue-eyed boy Miss Raza. Tidak boleh tidak, kali ni Quzah dah tak boleh cilok lagi. Kid mendengus geram. Terus dia membuka langkah meninggalkan kelas. Quz!!! You are seriously in trouble babe..

ilham seterusnya..

~tukang_karut_jd~

0 penglipurlara:

 

bedtime.story Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez