Thursday, January 14, 2010

Hikayat Sepurnama 3

Posted by riff rahim at 8:14 AM
Aik? Blah macam tu jek? Tau pun takut..kalau dah nama Kid tu, buatlah cara budak. Dengan pompuan ni tak payah pakai budi bicara banyak sangat. Gertak macam tu sure ketar punya..Alau tersenyum puas. Lepas sikit geramnya sebentar tadi. Walaupun bukan pada orang yang sepatutnya, tapi bolehlah sebab lepas kat buku ni tak berapa nak rasa sangat. Alau menolak buku latihannya yang hampir satu muka surat dipenuhi dengan kata-kata tak puas hati ke tepi. Dia mematahkan sendi-sendi jari.

“Tak pernah aku kena tunggu orang sampai sejam. Kalau tak sebab task ni nak kena submit esok, aku pun tak ingin nak jumpa kau lah! Part aku dah siap, tapi kalau part dia belum, dengan aku-aku sekali kena bersidai kat koridor tu esok. Hilang ar macho..” bisik Alau di dalam hati. Tapi tu kat surface jer lah. Kalau diselam sedalam-dalamnya hati Alau, lepas tu tanya betul ke apa yang dia cakap tu, sah-sah hati dia kata tak! Kalau dia kata ya, maknanya hati Alau dah pandai menipu!

Jauh di sudut hatinya, ada sesuatu yang menarik pada diri seorang insan bernama Qaus Quzah. Kalau ikut hati kecil Alaulah. Tapi, apalah sangat yang hati kecil boleh buat kan kalau nak lawan dengan akal yang dah tag-team dengan ego..kalahlah alamatnya. Alau tak menafikan yang perasaan suka itu ada, tapi dia tak pernah mahu mengakuinya.

“Ah, pompuan semuanya menyusahkan,” itulah yang Alau selalu kata pada dirinya setiap kali dia nak lawan perasaan dia daripada memikirkan tentang Quzah. Sungguh, dia tidak mahu perasaan sayang itu bersarang, namun semakin dia menolak, semakin kuat ia datang. Sampai hari ini, Alau hanya mampu memendamnya sehinggalah satu saat yang dia sendiri tak tahu bila. Dan dia sendiri tidak pasti akan adakah saat itu…

seeking sumthing for next chap..

~tukang_karut_jd~

1 penglipurlara:

Anonymous said...

uiiihh....
jiwg no skg..

 

bedtime.story Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez