Thursday, January 14, 2010

Hikayat Sepurnama 4

Posted by riff rahim at 8:17 AM
“Quz, kau dah ramai kenal budak-budak second in-take ni? Tanya Kid ketika mereka sedang menikmati hidangan tengah hari di dewan makan. Farah, G, Kyna dan E’in pun join sekali. Sambil mengesat air mata, Quz menoleh ke arah kumpulan pelajar tingkatan 4 ambilan kedua yang duduk di barisan meja di tengah dewan makan. Lauk ayam masak merah pada hari itu memang pedas tak ingat. Bukan setakat mata jer berair, hidung, mulut, semua mengalir. Kid boleh pulak makan dengan lahapnya. Agaknya receptor pedas dia dah haus kot..sampai ayam Quzah pun dia kebas! Quzah menggelengkan kepala-2 in 1, jawapan kepada soalan Kid tadi dan heran tengok perangai member dia yang sorang ni.

“Belum. Diorang kan baru sekali masuk kelas sebab orientation week belum habis. Lagipun dorm aku takde 2nd in-take,” balas Quzah sebelum menghirup air sirap dari gelasnya. Tak cukup dengan tu, air Kid juga diminumnya. Quzah memang anti sikit makanan pedas-pedas ni. Tapi dah namanya duduk asrama, terpaksalah telan jugak. Nak sedap masak sendirilah beb…


“Korang pernah dengar nama Alauddin?” tanya G sambil mengunyah buah orennya.


“Pernah. Sultan Alauddin Riayat Shah,”jawab Kyna.


“Bukan tu lah..kau ingat aku ni otak Cikgu Yem ker tiba-tiba nak citer pasal sejarah. Ni pasal budak barulah. Nama dia famous tau sekarang ni. Senior-senior pun suka dengan dia,”


“Apsal pulak? Dia anak raja ker?” Quzah mencebikkan bibir. Kadang-kadang orang yang baik dengan senior ni jenis yang ‘kaki kipas’. Dia memang menyampah dan tak berminat untuk mendengar cerita tentang golongan pengampu ni. Orang panggil kipas-kipas manual ni ‘royal fan club’. Dia sendiri tak dapat bayangkan betapa sejuknya kena kipas dengan diorang tu. Tapi, budak lelaki pun ada yang suka kipas senior ker?

“Dengar cerita dia tu hensem. Sebab tulah famous agaknya,” E’in mencelah setelah melicinkan makanannya. Sebenarnya taklah licin sangat. Sayur awal-awal dah ditolak ke tepi..


“Eleh, macam tu pun boleh famous. Batchmates kita ni mana ada yang hensem. Aku rasa orang lain tu semua dah rabunlah. Sinaran UV kat sekolah kita ni kuat sangat kot..” Quzah membantah. Betul apa! Pada pandangan matanya, takde seorang pun yang hensem. Hingus pun meleleh lagi..tunggu orang tegur baru nak lap. Hensem apa macam tu? Lagi-lagi budak 2nd in-take yang kebanyakannya tidak pernah tinggal di asrama sebelum ini. Pernah sekali Quzah menegur seorang budak lelaki baru yang masih tidak menanggalkan tanda harga pada bajunya walaupun sudah seminggu mendaftar masuk ke sekolah itu. Takkan nak suruh mak lagi yang tanggalkan? Sampai hari ini, budak lelaki itu malu jika terserempak dengannya. Sampai satu tahap bila mereka terserempak di tangga library, budak lelaki itu rela turun balik. Bagus jugak, boleh aku conquer tangga sorang-sorang. Nasib baik tak satu kelas dengan aku, kalau tak, mau dia mintak tukar agaknya. Dah kira bagus dia tak mintak tukar sekolah. Disebabkan itu, mindanya sukar menerima andainya perkara yang diceritakan oleh E’in tadi benar belaka.

Itu semua cerita lama. Time awal-awal mereka menjejakkan kaki ke tingkatan empat. Time tu rasa macam dah besar sangatlah. Sah-sah la kan..dah upper form. Dah dapat katil tingkat bawah. Dah boleh sakat junior bila diorang datang minta signature time Minggu Silaturrahim. Dapat member batch baru pun rasa macam dapat adik junior. Quzah, Kid, G, Fara, Kyna dan E’in masing-masing tak mahu bertukar sekolah. Bukan keputusan PMR mereka tak bagus. Semuanya antara pelajar cemerlang. Bukannya takde tawaran, tapi semua tolak mentah-mentah. Sengaja nak stay terus kat sekolah tu. Sayanglah kononnya. Tapi niat utama macamlah orang lain tak tahu. Kat sekolah baru mana boleh jadi otai macam sekarang.. Siapa yang tak kenal mereka berenam? Katak bawah tempurung yang tak pernah ambil kisah pasal hal dunia pun mungkin secara tak sengaja tahu cerita mereka. Kalau mereka pindah, maka kuranglah satu beban dalam kepala para prefect..Malangnya sampai sekarang prefect-prefect tu tak boleh tarik nafas lega lagi…

to be continued...

~tukang_karut_jd~

0 penglipurlara:

 

bedtime.story Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez