Thursday, January 14, 2010

Hikayat Sepurnama 5

Posted by riff rahim at 8:20 AM
Tak boleh jadi ni! Baru datang sini dah buat hal. Dia ingat dia siapa? Quzah deras mengatur langkah menuju ke makmal bahasa. G mengekor laju dari belakang. Lenguh juga kakinya cuba mengejar Quzah. Nak disuruh perlahan, bimbang dia pula yang akan disembur. Mahu tak mahu, dia bergegas juga walaupun kadangkala terpaksa berlari-lari anak. Mengah jugak nak kejar minah ni. Adrenalin type apa yang dia guna ek? Kalau jadi wakil Malaysia lumba berjalan kaki ni, sure dapat pingat..sempat lagi G melayan otaknya buat lawak kurang efisien di saat ini. Tetapi melihatkan wajah Quzah yang serius tanpa segaris senyuman, tawanya hanya di dalam hati.

Ni kes berat ni..siapa yang berani cari pasal dengan Quzah atau kengkawan dia memang silap besar. Perempuan ni lain sikit perangainya. Sekali dah kena, berganda-ganda dia akan balas balik. Sampai habis sekolah pun belum tentu habis dendamnya. Bukan G tak ingat semasa di tingkatan 3 dulu, si Lat mulut tempayan pernah suruh warden buat spotcheck semata-mata kerana mahukan I-pod Quzah dirampas. Tak lama lepas tu, dia pulak yang bising-bising MP4nya hilang tak dapat dikesan. Akhirnya, dia jumpa balik benda alah tu, di dalam kasutnya yang diletakkan di surau, tapi dah terbahagi kepada beberapa bahagian (dah ranap hancur berkecai lah tu). Sasau sekejap minah tu tapi Quzah elok jer berbahagia dengan I-pod dia yang G pun tak tau macam mana dia ambil balik. Tapi dia tau, Quzah takkan sebegitu baik untuk panggil parents dia datang dan tuntut balik I-pod kesayangannya tu apatah lagi nak memujuk rayu warden bagi memulangkannya kembali. Dan G juga pasti siapa yang mendajalkan MP4 Lat kerana sebelum itu Quzah pernah bertanya kepadanya, “Wei G, kasut Lat yang mana satu ek?”(so, korang pikirla sendiri…)

“Siapa yang pilih dia jadi presiden ELS, G?” Quzah tiba-tiba bersuara.

“Err..Miss Raza I guess..”G hanya meneka.

“Macam manalah mamat emotionless tu boleh jadi presiden, ek? Bukan berkaliber pun..berkaki lebar yelah!” Quzah membantah sambil kakinya pantas mendaki anak tangga Blok C. G yang mengekorinya saat itu dah berangan tiba-tiba sepasang sayap tumbuh di belakangnya dan dia terus terbang ke tingkat 3. Semputlah kalau naik tangga pun nak ikut step si Quzah ni..silap-silap ada yang turun bawah balik dengan stretcher karang..Eh, mana Quz tau kaki dia lebar? Pernah tanya ke saiz kasut dia berapa? Ke pernah ukur? G memang dah tak boleh buang tabiat otak dia yang sejak azali loyar buruk tu.

“Aku..rasa..sebab..dia..terer speaking kot..” G cuba menjawab soalan Quzah sambil menghirup seberapa banyak oksigen yang boleh. Itu pun tak cukup rasanya. Mengah sungguh.

“Ala, speaking berhabuk macam mana pun, kalau manners tahap masyarakat zaman batu yang tak cukup bertamadun tu buat apa!” bentak Quzah. Mamat ni memang takde keperimanusiaan langsung. Dia tak boleh faham ke masalah orang lain? Baru sebentar tadi G datang ke kelas Quzah tatkala dia sedang asyik menyiapkan biology lab report-nya untuk menyampaikan berita bahawa Kid dihalau daripada mesyuarat ELS gara-gara dia belum membayar bayaran annual dinner persatuan tersebut. Sebaik sahaja ayat G menampar gegendang telinganya, Quzah bingkas bangun dari tempat duduknya. Muka dah merah tahap Hellboy. Terus sahaja dia menapak menuju ke makmal bahasa. Bio report dibiarkan sahaja tersadai di atas meja. G pun terpinga-pinga kerana tidak menyangka tindakan refleks Quzah macam tu punya cepat.

Dan kini G menyesal tak sudah sebab rajin sangat jadi live reporter untuk kejadian sebentar tadi. Kalau tak beritahu takdelah aku sampai putus nafas mengayuh kaki..keluh G dalam hati. Namun, mengenangkan nasib teman yang telah diusir dan dipersalahkan atas sebab yang tak berapa munasabah, lenguh di kaki dah tak terasa. Tak reasonable sungguh! Ingat bapak semua orang ada syarikat import-export macam bapak dia ke? Ataupun yang 24/7 kerja cop duit? Kalau ye pun nak grand sangat annual dinner tu, bertimbang rasa la sikit. Macamlah nak panggil Jerry Seinfeld jadi pengerusi majlis pun.

Dari jauh kelihatan Kid yang sedang duduk di bangku luar makmal bahasa. Kepalanya terteku mengarah ke lantai. Pandangannya kosong. Terpancar kegusaran di wajahnya. Jelas. Tak perlu ditafsir lagi.

“Kid, what happened?” Qaus Quzah segera mendapatkan sahabatnya itu. Diraihnya jemari Kid dalam genggaman. Hatinya bagai tersayat tatkala mata sayu itu menatap wajahnya.

“Aku bukan sengaja tak nak bayar Quz.. kau pun tau kan..,” Kid mengetap bibir. Betapa berat dugaan yang menimpa dirinya saat ini. Kalaulah ibu ada kerja yang tetap.. kalaulah ayah sedar bahawa ayah masih punya tanggungjawab yang tergalas di bahu, sudah tentu dia tidak akan dimalukan seperti hari ini. Kalaulah ayah berhati perut dan tak pergi meninggalkan kami!

Qaus Quzah menarik nafas panjang. Memang tak boleh jadi. Nalurinya mengatakan Alauddin telah melampaui batas. Tanpa membuang masa, Quzah segera menolak daun pintu makmal bahasa. Semua mata tertumpu padanya. Pedulik hape aku! Pandanglah puas-puas. Biar hari ni semua orang tau apa balasannya kalau tak reti nak jaga perasaan orang lain. Quzah melangkah ke tengah-tengah makmal. Matanya tajam merenung si Presiden yang sebelum itu rancak mengendalikan mesyuarat. Lagak dah macam Hang Tuah nak mencabar Hang Jebat zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu. Bezanya cuma takde keris je yang tersisip di pinggang dan ada penonton live on seat. Senang-senang dapat tengok free show ala-ala teater Istana Budaya.

Alauddin tercegat. Apsal minah ni? Angin takde, rebut takde.. tiba-tiba jer spoil meeting aku. Tak bagi salam pulak tu. Dia menyambut kedatangan Quzah dengan kerutan di dahi. Dalam masa yang sama otaknya ligat mencari jawapan untuk persoalan yang timbul sebentar tadi.

Quzah berhenti betul-betul di depan Alauddin walaupun Quzah tahu dia terpaksa mendongak sedikit untuk bercakap dengannya (kes tak cukup ketinggian). Kalau diikutkan hati, mahu saja dia terus turning kick Alauddin di situ. Biar tanggal dua tiga batang gigi, kurang sikit gigi yang nak diberus. Tapi kalau dapat bisu terus lagi bagus. Dapatlah Quzah jadi hero untuk siapa-siapa yang telinganya pernah cair akibat di’laser’ dengan mamat ‘kaki lebar’ ni. Dia ingat dia Cyclop ke suka-suki sesedap rasa Knorr nak melaser orang?

“Ha, ni kenapa pulak ni? Tak puas hati?” Datang-datang terus berdiri depan aku. Ingat besar sangatlah tu. Alauddin maintain dengan muka tak berperasaannya.

“Memang aku tak puas hati. Apsal kau senang hati je halau kawan aku tadi? Nak cari gaduh ke?” Quzah dah start mengaum. Dia memang takkan berlembut dengan golongan lelaki hati batu macam Alauddin. Keras lawan dengan keras la beb!

“Oh, kawan kau ke tadi tu? Ha, memang layak dihalau pun. Kat dalam bilik ni mana ada orang attend dinner free.
“Hello bro, nak cakap tu tapislah sikit. Kau ingat kawan aku tu kebulur sangat ke nak makan dinner korang ni?” Berdesing telinga Quzah mendengar jawapan Alauddin sebentar tadi. Menyirap sungguh! Terasa seperti darah menyimbah ke muka.

So, what’s the big deal? Yang kau susah-susah tolong back up dia ni kenapa? Saje cari publisiti ke..?” pedas Alauddin membalas. Tak faham betul aku perangai minah sorang ni. Mengamuk tak tentu pasal. Ni mesti kes kurang kasih sayang ni…

Quzah membesarkan matanya. Ini sudah lebih… memang mamat muka beku ni menempah maki nampaknya. Dah buat salah tak nak mengaku pulak tu. Minta maaf jauh sekali. Quzah dah tak boleh bertoleransi lagi.

“Sah-sahla aku back up kawan aku. Mamat heartless macam kau je yang tak reti consider masalah orang lain. Kau ingat semua orang kat muka bumi ni ada kilang duit ke sampai kau nak halau dia depan semua orang? Kalau nak on time sangat, kau suruh je bapak kau bayar untuk semua ELS member ni. Boleh cover dosa mulut anak dia!” Yess!!! Serangan dibalas. What you give, you get back lah. Selamba Quzah menjawab. Dia dah bersedia menunggu patah-patah kata yang bakal keluar dari mulut Alauddin.

Alauddin terpempan. Pergh.. bisa betul ayat perempuan ni. Dah sampai main bapak pulak. Tapi betul jugak apa yang dia cakap kan. Melampau sangat ke apa yang aku buat tadi? Alauddin mengetap bibirnya. Lost words. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata Quzah sebentar tadi. “Heartless yang tak reti consider perasaan orang lain”. Namun, sebanyak mana pun penyesalannya, tinggi dan kukuh lagi tembok ego dalam hati Alauddin. Dan disebabkan itulah, sedikit perkataan maaf pun takkan meluncur keluar dari bibirnya. Ye, aku memang heartless! So what? Alauddin membatukan diri. Hanya renungan dingin sebagai jawapan.

Eh, diam pulak. Takkan baru sound sikit dah kena kancing gigi kot? Quzah mengangkat kening. Masih menanti Alauddin untuk bersuara. Dalam hati dia tergelak kecil. Seronok dapat jumpa buku dan ruas. Seronok dapat buat mamat kat depan ni terdiam seribu bahasa. Lagi seronok sebab dia tahu Alauddin takkan menjawab. Victory. Senyuman sinis terukir di bibir.

Bear in mind,” lantas kaki diatur keluar.

Alauddin mengetap bibir. Rasa macam dah tak larat nak angkat muka. Fine, you asked for it. This means war!!!

to be continued...

~tukang_karut_jd~

2 penglipurlara:

Anonymous said...

Iklan!!
Kitab Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadith boleh didapati di
http://www.pesandansampai.tk
penghantaran dilakukan!!

Sorry ye cik..
tumpang lalu

riff rahim on January 17, 2010 at 9:02 AM said...

kna claim nih..hehe

 

bedtime.story Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez